Strawberry

Warcry


Harini Ena nak update tentang aktiviti dari fakulti pulak hehe. Tugasan kalini lain dari yang lain sebab dia tak melibatkan assigment yang biasa buat guna laptop. Tapi kena buat cheers haaaa... this is my first strange assignment (to me) since masuk UKM to be honest haha. Kenapa Ena cakap strange?? haa sebab kita kena buat cheers gunakan perkataan perkataan yang melibatkan ekonomi. Tugasan ni ikut kumpulan, 1 kumpulan ada 30 orang. Lain kumpulan lain perkataan yang perlu digunakan. Macam kumpulan Ena, kami kena cheers guna perkataan KDNK, KNK dan lain-lain. Memang quiet challenging lah. Tapi Alhamdulillah tugasan tu dah selesai dan selamat di submit kepada lecturer hehe.

Microsoft Access


Assalamualaikum Hai semua... kelas semalam Puan Rohizah ajar cara gunakan Microsoft Access untuk labtest II nanti. Haaa selama ni tengok je microsoft access dalam laptop tapi tak pernah nak buka sebab tak tahu nak guna macam mana and apa fungsi access ni. Tapi lepas kelas semalam dah tahu apa guna dia. Nanti bila dah kerja, access ni banyak guna dia. Memudahkan kerja macam nak cari info seseorang tu atau info syarikat. Access ni juga boleh hasilkan report kerja dengan cepat. Thanks Puan Rohizah for the new knowledge.


Public Lecture II


Salam Hai! Soooo lepas public lecture dengan Dr. Irma, kalini UKM adakan Public Lecture yang kedua tetapi bersama Adam Brimo CEO & Founder Open Learning di DTAMS, UKM. Selama ni tahu guna Open Learning je, kalini dapat tengok founder dia face to face. Banyak ilmu yang Adam kongsikan dengan pelajar UKM. Lepas sesi lecture Adam, beliau adakan 1Minit2Wintit. Pelajar dikehendaki mengadakan pitching selama 1 minit secara individu atau berkumpulan. Pitching yang terbaik akan dapat bekerja bersama Adam selama sebulan. terdapat 4 pitching pada hari tersebut dan salah satunya ialah tentang nutritionist. Pada pendapat Ena, pitching tersebut adalah yang terbaik.

Bersama Adam Brimo

Labtest I


Salam Hai! So siang tadi kelas Aplikasi Komputer ada Labtest topic Word & Excel-mail merge. The question was quiet challenging haha. Took almost 2 hours to complete. Tapi it's okay dapat ilmu baru dan skill baru tentang microsoft. Kalau dulu tak tahu pun macam mana guna mail-merge ni, tapi dengan test ni, dapat tahu guna benda ni. Hope Ena boleh score labtest ni.

Wacana Makroekonomi


Salaaaaaam Hai semuaaa! nak share sikit... siang tadi Ena hadir Wacana Makroekonomi di Dewan Kuliah 1, FEP. Apa wacana makroekonomi ni kan? Haa wacana makro ni tadi taklimat tentang Pengurusan Makroekonomi Menurut Perspektif KWSP yang disampaikan oleh Encik Nurhisham Hussein iaitu seorang Ketua Jabatan Ekonomi dan Pasaran Modal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Encik Nurhisham ni pernah menuntut di school of economics. Taklimat ni berlangsung hampir 3 jam jadi memang banyak sangat ilmu yangbeliau share harini tentang hutang negara, ekonomi negara, pengangguran dan banyak lagi. Sebagai pelajar ekonomi, saya rasa info-info tu memang sangat berguna untuk menambah ilmu yang kurang.


Encik Nurhisham Hussein

Sukan Integrasi Gayong 2018

can you spot me? Hehehehe

Hai salam! so post kalini nk cerita sikit pasal Sukan Integrasi Gayong (SIG) anjuran Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UKM (PSSGUKM) yang Ena join semalam 8 April 2018 yang diadakan di Kompleks Sukan UKM. SIG ni bukan melibatkan UKM saja, tapi beberapa IPT yang lain macam UPM, UNITEN, GMI dan IPIS. Sukan-sukan yang dijalankan pertandingan futsal dan bola tampar untuk lelaki dan perempuan. Selain tu, waktu petang pula kita jalankan aktiviti sukan rakyat iaitu boling kelapa, kasut tempurung dan tarik tali. Tujuan SIG hanya untuk mengeratkan silaturrahim antara PSSG dengan IPT yang lain. Jadi, tak banyak pertandingan sukan yang dijalankan.

SIG ni mula dari pukul 8 pagi sampai 7 petang. Ini merupakan aktiviti sukan pertama yang Ena join since jadi 1st year student kat UKM ni hehe. Best sangat! panas and penat semua ada tapi pengalaman tu yang priceless. Dapat kenal kawan baru dari IPT lain lagi hehehehe.

Haa ni gamba pleasing sikit bendera tu huhu

 Tarik tali lelaki

Tarik tali perempuan

For your information, ni merupakan SIG pertama untuk PSSGUKM. Ena harap tahun 2019 nanti ada lagi dan berkesempatan untuk join. Terima kasih hihi

Microsoft Powerpoint


Salam... kelas jumaat lepas Ena dapat task baruuuu dari kelas aplikasi komputer untuk buat presentation base on tajuk yang Lecturer bagi. So, Ena di assigned kan ke group 1 dan group Ena kena buat tajuk tentang Plagiarism In Academic. Tajuk yang Ena dapat tu agak menarik sebab berkaitan dengan mahasiswa. So, masa buat task ni, sambil buat research untuk dapatkan point, masa tu dapat juga ilmu baru tentang akibat plagiat dalam akademik. Sebelum ni tak tahu apa akibat plagiat jika pelajar plagiat tapi lepas buat tugas ni dapat tahu serba sedikit. Salah satunya pelajar boleh digantung pengajian atau dibuang universiti jika ditangkap melakukan plagiat. Tugas ini dapat beri ilmu baru supaya tidak memplagiat kerja orang lain tanpa pengetahuan mereka.