Strawberry

Karnival Interaksi Siswa Siswi (KISS)

Hai Assalamualaikum! Pada 16 Mac hingga 18 Mac 2018 lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Karnival Interaksi Siswa Siswi atau KISS di Dataran Panggung Seni, UKM. Dekat Karnival ni ada macam-macam jualan dan aktiviti dijalankan. Tudung-tudung dan pakaian dijual pada harga yang sesuai untuk pelajar. Makanan pula antara yang menjadi tarikan pengunjung ialah Meatball cheese dengan ayam goreng Korea yang jadi trending sekarang ni.


Haaa ni Ena cuba ayam goreng Korea dia. Memang sedap sangat! rasa manis manis pedas gituuuu. Harga memang berbaloi habis RM6 untuk 6 ketul ayam dengan fries sekali tau!


Okay, malam tu pula Ena join Night Walk dengan kawan-kawan. Best sangat sebab bukan student UKM je join. Orang luar pun ada join sekali. Bayaran yang dikenakan hanya RM1 untuk charity.


 Siap dapat gelang glow in the dark lagi hehe.

Harap UKM akan anjurkan lagi Karnival macam ni dalam masa terdekat. 

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

leave your comments : )